SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!!!

Selasa, 4 November 2008

BARCELONA FC FAN CLUB...











SAPA2 PENYOKONG SETIA BARCELONA FC...

MARI2 BORAK SINI...

APA PENDAPAT ANDA DENGAN MUTU KELAB INI?

BUAT MASA INI MEREKA SEMAKIN GARANG DAN MENDAHULUI MANA2 KELAB LAIN DAN MENDUDUKI TANGGA PERTAMA LIGA SPANISH 2009...

PERPINDAHAN TONGGAK BESAR TAK MENJADI HALANGAN UNTUK BARCELONA FC MENUNJUKKAN TARING...

WALAUBAGAIMANAPUN, MEREKA DIEKORI RAPAT OLEH REAL MADRID YG UNTUK TURUT MERAIH JUARA LIGA SPANYOL...

DAPATKAH BARCELONA FC MENJADI JUARA LIGA PADA TAHUN INI???

Isnin, 3 November 2008

SAGA ISWARA CLUB / borneo region



Kelab Saga Iswara Club SIC merupakan kelab yang memartabatkan kereta nasional negara iaitu Proton Saga dan Iswara.




Ini kerana untuk membukti kepada seluruh dunia bahawa kereta tempatan Malaysia mampu pergi jauh dan maju dalam arena automotif.




Salah satu sebab mengapa kelab ini memilih model Proton Saga dan Proton Iswara kerana kedua2 model ini menjadi titik permulaan dunia automotif Malaysia di mata dunia.




walaupun pada masa itu kita belum mampu mengeluarkan 100% ciri binaan tempatan tetapi adalah lebih baik berbanding negara2 jiran yang lain pada masa itu.




Pada masa kini kedua model tersebut tidak lagi dikeluarkan kerana faktor perubahan zaman, kemajuan pesat dalam Proton dalam meningkatkan lagi dunia automotif negara.




Walaubagaimanapun masih terdapat banyak model tersebut masih lagi gagah menggerakkan rodanya di jalan raya tanahair kita walaupun ada yang sudah menjangkau usia 2 dekad lebih.




cuba anda bayangkan kualiti produk automotif Malaysia yang pertama ini. Tetapi yang amat menyedihkan, ada juga segelintir rakyat Malaysia memandang rendah malah menghina produk ini sedangkan tanpa disedari tanpa produk awak ini Malaysia belum tentu dikenali sehingga ke hari ini. saya berasa kesal dan mengibaratkan golongan itu seperti MELUDAH KE LANGIT...




Jika membanggakan produk luar, perlukah memburukkan produk tanahair dengan kata-kata caci maki seperti mereka lah yang terbaik sangat dalam dunia...?




Berbalik kepada objektif kelab ini, boleh dianggap Proton Saga dan Iswara mengalami kepupusan kerana usia dan peredaran zaman. Jadi, melalui kelab SIC ini mereka yang amat sayang dan cintakan produk awal automotif negara boleh sama-sama berjuang menjaga, memastikan dan memartabatkan salah satu khazanah kebanggaan Malaysia dengan pelbagai cara di mata umum mahupun luar negara.




Bagi pemilik-pemilik Proton Saga dan Iswara, anda boleh menyertai kelab ini kerana ia lebih ke arah komuniti dan bukan seperti kelab2 kereta yang lain...




anda boleh melihat bermacam2 kreativiti pemilik Saga Iswara mencantikkan kereta lama ini dengan cara tersendiri di samping pelbagai tips mengenai kereta , aksesori, baik pulih, DIY, perjumpaan di setiap negeri Malaysia, suara pendapat, konflik sihat dan sebagainya...




pendaftaran adalah percuma!




jika anda dari Negeri Sabah, boleh la terus berhubung dengan saya...




semoga melalui blog dan kelab ini, dapat kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan dalam apa jua keadaan...


Saya si Gaijin...





Jika anda Gaijin bumiputera, sila nyatakan asal usul seperti Negara, Suku/bangsa dan menetap di mana dalam Malaysia?






jika anda ingin letakkan alamat Emel pastikan anda benar-benar ikhlas dan maklum akan risikonya?






selamat "berbloggers"....

Anda adalah Gaijin yang cintakan Malaysia



Salam sejahtera...

gaijin = hasil gabungan 2 perkataan jepun iaitu GAI ialah negara luar dan JIN ialah orang...

gaijin berasal dari perkataan jepun yang juga bermaksud orang luar / orang asing...

selain daripada itu gaikokujin juga mempunyai maksud yang sama dengan perkataan gaijin...

di Jepun , perkataan gaijin ditujukan kepada orang-orang bukan jepun yang datang ke Jepun samada bermastautin, tinggal, kerja, belajar atau sebagainya...

Pada zaman dulu di Jepun, gelaran Gaijin ditujukan kepada orang asing kerana mereka berpendapat orang asing berbahaya kerana tidak diketahui asal usul dan latar belakangnya. Begitu juga pada masa sekarang bagi sesetengah pendapat... ( sila betulkan saya jika silap )

klik utk lebih lanjut...http://aa.wrs.yahoo.com/_ylt=A3xsfM7tuA9JuWEBoGfjPwx.;_ylu=X3oDMTEzbTN1OHZxBHNlYwNzcgRwb3MDMgRjb2xvA3NnMQR2dGlkA01FMDAwMV8y/SIG=11n2f1esv/EXP=1225853549/**http%3a//en.wikipedia.org/wiki/Gaijin






Bagaimana pula gaijin versi Malaysia?


Gaijin di Malaysia terdiri daripada 2 kategori iaitu :

A) gaijin yang telah lama hidup turun temurun di Malaysia dan menjadi WARGANEGARA...

B) gaijin yang baru menjejakkan kaki di Malaysia... ( PATI ) :(



Saya bersyukur kerana saya tergolong dalam A...

saya amat sayangkan Malaysia...

Jadi, adakah anda adalah gaijin di Malaysia? adakah asal-usul anda daripada kepulauan Indonesia, Filipina, Thailand dan sebagainya telah turun temurun tinggal di Malaysia?

Apakah perasaan dan luahan hati anda sebagai Gaijin Bumiputera Malaysia?

Adakah anda di anggap seorang yang terlupa asal usul? tidak ambil tahu dengan asal usul?

Siapakah sebenarnya anda...

Mari kita berkumpul, bertukar pendapat, cadangan atau pertanyaan secara terbuka dan sihat di sini...