SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!!!

Isnin, 28 Februari 2011

Badminton...

Salam 1 Malaysia...

Untuk pengetahuan kamu, sy amat meminati badminton sejak sekolah rendah lagi. Tapi, main bermusim sbb pada masa tu tidak mempunyai kelengkapan sukan yg cukup. Raket pun pinjam2 dari kawan2 atau jiran... kesian. keinginan tinggi tapi kemampuan jauh sekali... hehehheee...

Tapi sejak mula bekerja tetap, pelan2 beli barang badminton. paling utama ialah reket. Nasihat saya, klu beli raket biarlah alah membeli menang memakai supaya kita boleh pakai lama. Elakkan membeli reket yg jenama tidak dikenali umum. Klu nak berjimat pun pastikan reket itu tahan lama dan jenama yang dikenali. Salah 1 jenama yg bermutu dan harga kemampuan ialah FLEET. Jika diwaktu promosi, kamu boleh dapatkan sebuah beg reket selain mendapat tali pasang siap dan grip secara percuma.

Selain itu, kasut dan stoking yg baik jgk amat diperlukan dalam badminton. Sebaik2nya, tapak kasut yg boleh mencengkam kemas lantai ketika membuat smash, hantaran net atau loop, larian seluruh arah sudut court tanpa tergelincir atau terjatuh. Di samping itu untuk mengelakkan buku lali sendi kaki terkehel/cedera.

Jika rajin/bijak window shopping kedai sukan, anda boleh dapat kelengkapan set badminton raket 2 unit ( tali baru pasang siap, beg reket, grip FREE ), kasut sepasang, stokin, kemeja T dalam RM200-... mmg berbaloi dan bijak belanja...

Setiap hari isnin, bermula 7 malam hingga 9 malam, saya dan team bermain di dewan tertutup kompleks Sukan Tawau. Kami menggunakan 2 gelanggang dan bermain secara beregu ataupun mix double... saya mula ikut Team RTM Tawau ini sejak hampir setahun lalu. Kami terdiri dari Beginner dan Amatuer dalam badminton cuma pernah ikuti pertandingan tertutup sekali dan beberapa Friendly Match dgn team2 di sekitar Tawau.

Masih byk lagi yg perlu kami pelajari...


Wassalam....

1 ulasan:

MR_GAIJIN berkata...

kini...

gerakan raket kami terhenti atas faktor masa / kerja.

tapi, wat masa nih, main jika ada rakan2 yg ajak...

rindu mau main badminton