SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!!!

Isnin, 28 Februari 2011

Futsal yang seronok!

salam...

Dah lama tak buat topik baru. Jadi, hari ini sy nak kongsikan 1 aktiviti yg baru beberapa bulan sy buat iaitu SUKAN FUTSAL.

sy amat minat dgn sukan futsal ni kerana :

1. seronok
2.menyihatkan
3.kos belanja yg sederhana
4.tidak berpanas terik
5.teamwork
6.kreatif dan pantas
7.ramai kenalan

...dan macam2 la faedahnya. Seronok sbb sy boleh praktikkan skill dan pastinya menyihatkan tubuh badan. kos belanja pun sederhana kerana hanya perlu beli kelengkapan kaki spt stokin dan kasut futsal dan sewaan court boleh dikumpul sama2 dgn pasukan.

Tak perlu jgk berpanas terik, malah berbumbung dan dihiasi dgn lagu2 rancak bagi memberi semangat ketika bermain ( sstgh court la ) hehehheee...

Di samping itu jgk, futsal mengajar sy bermain dlm 1 pasukan tanpa mementingkan diri. Selain itu, sedikit sebanyak mencetuskan pemikiran dan tindakbalas yg kreatif serta pantas dlm kawalan bola, larian bola, hantaran bola dll.....

Sudah pasti jika bermain dlm 1 pasukan sudah tentu ramai kenalan baru yg kita dapat.
samada cowok mahupun cewek... hahahhaaaa.......

Saya mula bermain futsal dgn rakan2 staf di RTM Tawau sejak 2 bulan yang lalu ( saya bukan staf RTM heheheee... ). Kami sering bermain di gelanggang kompleks Sukan Tawau pada jam 8 malam hingga jam 9 malam.

Suasana di sana boleh tahan ( 2 bintang ) dan sesuai utk Beginner spt saya. Kadar sewa pun murah iaitu RM40 sejam dan ada 2 buah gelanggang disediakan. Tapi jika nak yang lebih baik, boleh la bermain di Studio De Futsal Batu 3 Jalan Apas. Kadar sewa pula klu siang sblm jam 7 mlm ialah RM50, jika jam 7 malam dan ke atas ialah RM 80... fuuuhhhhhh........

Sehingga bertemu lagi...

Wassalam...

Tiada ulasan: